Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas

1 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Jun 2019, Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas telah mengadakan satu program Hari Terbuka. Program ini bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas dengan penduduk kampung di kawasan sekitarnya. Pelbagai acara dijalankan seperti taklimat dan tayangan video KDB, edaran flyers berkenaan KDB, pertandingan bina perkataan, pertandingan kira kacang, marhaban dan jamuan. Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas juga turut dibantu oleh staf dari Pusat Ekonomi Digital Parit Othman dan Pusat Ekonomi Digital Teluk Rimba. Hari Terbuka ini berjalan dengan baik dan mendapat sambutan daripada penduduk kampung. Program ini berlangsung selama 5 jam dan dihadiri seramai 138 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali